Tuesday, May 24, 2011

telur bistik

TELUR BISTIK

Telur
Garam
(pukul telur ngan garam,goreng seperti telur dadar)

Kuah nyer
bawang merah,cincang halus
bawang putih, dicincang
cili merah, dihiris halus
jagung muda, dipotong serong
bunga kobis
karot
buah tomato, dibelah 8
sos cili
sos tiram
Garam secukup rasa
Bancuhan tepung jagung
Minyak untuk menumis

Untuk Hiasan
Daun sup/ daun bawang

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merahl dan cili merah sehingga naik bau. Masukkan sos tiram, sos cili.
2. Masukkan sayur².
3. Masukkan sedikit air. Masukkan garam. Masukkan tomato, kacau sosnya sehingga ia sebati dan sayurnya masak.
4. Kemudian tuang sos diatas telur yang telah didadar tadi. Tabur dengan daun sup/ daun bawang.

sup sayur + tepung jagung

* 3 ulas bawang putih (diketuk), 1 biji bawang besar (dihiris), Cili api (ikut citarasa) (diketuk), Lada sulah (ikut citarasa), Garam dan perasa, 3 sudu teh tepung jagung dibancuh dengan air, 2 cawan air, 2 sudu minyak jagung, 300g Isi ayam
* 5 tangkai sayur kailan/sawi, 250g kobis bunga, 1 batang karot, 5 batang putik jagung, 200g cendawan

Cara-cara

1. Tumis bawang besar dan bawang putih dengan minyak jagung hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan isi ayam. setelah ayam agak masak, masukkan air. Masukkan cili yang telah diketuk tadi.
3. Biarkan air mendidih. Kemudian masukkan karot dan putik jagung. Biarkan selama 3 minit.
4. Setelah itu, bolehlah dimasukkan semua sayur2 yang lain.
5. Kemudian bolehlah ditambah garam, perasa dan lada sulah.
6. Akhir sekali, masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau sup sehingga kuah agah pekat.
7. Bolehlah ditambah dengan telur jika suka

Tag

sup sayur + perencah adabi

Bayam/kangkung
10-12 bawang putih - ditumbuk
1 bungkus perencah sup sayur ADABI
3-5 batang cili api - diketuk
tauhu - dipotong kecik2
serbuk lada hitam (tak tau nak agak... main bubuh jerk)
ikan bilis sikit - yang dah dikopek
garam
air

1. Tumiskan bawang putih sampai agak garing.
2. masukkan tauhu. Kacau bersama ngan bawang putih tadi. (Takpe kalau tauhu tu hancur).
3. Masukkan serbuk lada hitam. Kalau nak pedas, letak byk.
4. Masukkan air - ikut periuk. Kacau bagi rata.
5. Letakkan perencah sup sayur. Kacau lagi.
6. Masukkan kangkung/bayam, cili api dan ikan bilis.
7. Garam secukup rasa.
8. Tunggu sampai mendidih.

sup sayur + sup bunjut

1.4 biji bawang merah
2.2 biji bawang putih
3. 1 inci halia
4.4 potong isi ayam dipoting kecil(mengikut citarasa)
5.1 peket sup bunjut perencah mak siti
6.Sayuran (tomato, bugan kobis, kubis) terpulanglah pada citarasa
7.Air
8.Garam dan gula

Cara membuat

1.Potong bawang merah, bawang putih nipis-nipis
2.Panaskan minyak.
3.Masukkan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau
4.Masukkan sup bunjut mak siti
5.Masukkan air dan ayam hingga mendidih
6.Masukkan semua sayur
7.Siap untuk dihidang, tabur bawang goreng, cili padi tumbuk dan perahan asam limau

sup sayur kobis + kentang

sup Sayur Kobis & Kentang


Bahan- bahan :

1/2 biji kobis (saiz kecil) - hiris nipis
2 - 3 ulas bawang kecil dihiris nipis
1 ulas bawang putih - pecahkan/hiris nipis
1/2 atau 1 biji lada merah dihiris nipis
beberapa ekor udang sederhana besar (lagi banyak lagi bagus sebab udang membuatkan sup rasa manis)
sedikit kiub ikan bilis (Boleh juga ganti dengan kiub ayam).
p1-2 biji kentang - dipotong ikut citarasa sendiri,jika ingin cepat empuk potong dadu kecil-kecil
garam secukup rasa
air secukupnya
sos tiram ( jika mahu)



Cara-cara

1. Tumis serentak bahan hiris , kiub ikan bilis, dan udang. Biarkan sehingga naik bau.

2. Masukkan potongan kentang dan air. Biarkan sampai kentang empuk.

3. Masukkan sedikit sos tiram (boleh juga semasa awal menumis tadi) dan hirisan kobis tadi. Masukkan garam secukupnya ikut selera dan citarasa anda.

4. Biarkan seketika hingga menggelegak semula (terserah anda jika suka kobis tu layu atau sedang-sedang layu) dan tutup api.

sup sayur + bunga lawang

BAHAN BAHAN

* 1@2 ulas bawang putih (mayang/tumbuk halus)
* Sedikit serbuk black pepper
* Fish cake secukupnya (boleh guna ayam/daging)
* 1 biji tomato (potong 4)
* Bunga kobis secukupnya
* 1 batang cili hijau/merah
* Kobis secukupnya
* 2 kuntum bunga lawang (untuk aroma)
* Gula, garam, Ajinomoto (kalau nak)
* Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA

1. Tumiskan bawang putih sehingga wangi. Masukkan serbuk black pepper, kacau cepat.
2. Masukkan air secukupnya ke dalam periuk.
3. Masukkan fish cake. Diikuti bunga kobis. Kacau seketika.
4. Masukkan lada, kobis, tomato, bunga lawang.
5. Akhir sekali, masukkan gula, garam & ajinomoto.

sup sayur

BAHAN-BAHAN :

1 ketul dada ayam - potong kecil-kecil
1 batang sayur sawi
1/4 kobis
1 batang carrot
1 peket kecil cendawan tiram
3 biji telur
2 peket fishball
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos thai /nampla
1 sudu teh minyak bijan
3 cawan air
Garam secukup rasa


BAHAN DITUMBUK LUMAT :

2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis

CARA MEMASAK :

-Panaskan sedikit minyak didalam periuk kemudian tumis bahan tumbuk dan masukkan isi ayam kacau dan biarkan sampai isi ayam masak. Terus masukkan air serta biarkan sampai kuah mendidih dan masukkan telur sebiji demi sebiji , biarkan sampai telur masak .

-Apabila telur sudah masak terus masukkan carrot dan biar sampai carrot hampir empuk , kemudian masukkan semua sayur dan garam . Terus kacau supaya semua sayur masak dan biarkan kuah mendidih seketika saja dan boleh la ditutup api dapur , jangan masak sayur terlalu lama nanti over cook dan sayur menjadi lembik.

sup sayur

Sup sayur

200 g daging ( potong kecil2 )
Sepotong kobis ( dipotong kecil2 )
1/2 potong karot ( potong memanjang atau nipis )
1 paket cendawan tiram
sawi ( di potong )
daun sup ( untuk hiasan )
1/2 biji bawang besar ( dipotong kecil2 dan ditumbuk )
3 ulas bawang putih ( ditumbuk )
1 hiris halia ( ditumbuk )
2 suduteh lada putih ( ditumbuk )

Cara penyediaaan

1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi kemudian masukkan daging.
2. Masukkan air untuk kuah secukupnya… Masak hingga daging empuk.
3. Bila daging telah empuk masukkan sayur2an
4. Sesuaikan rasanya bolehlah diangkat
5. Bolehlah dihidangkan dengan nasi dan sambal kicap.

sayur campur goreng

Sayur Campur Goreng 6.83
Sumber: Resepi Harian 1986
Hits: 4497 Rating: 6.83 Review: 1
Email this Recipe Print this Recipe
Bahan-Bahan:
4 helai daun kubis
8 batang kacang buncis
1 batang lobak merah (sederhana besarnya)
150 gm udang hidup
1 biji cili merah (untuk hiasan) 3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu minyak masak
½ sudu garam
Kicap cair secukup rasa

Cara:
Sediakan udang: Perasakan dengan garam & gula.Sediakan sayur-sayuran: Basuh. Potong kubis 5 cm, potong kacang buncis sepanjang 5 cm,potong lobak merah setebal 3mm dalam bentuk bunga. Hiris bawang merah & cincang bawang putih. Memasak sayur-sayuran: Panaskan minyak dalam kuali,goreng bawang & bawang putih hingga kuning. Masukkan udang lobak merah. Goreng selama 1 atau 2 minit,kemudian masukkan 3 sudu air.Tutup & biarkan lobak empuk(tambahkan air jika perlu). Masukkan kubis & kacang buncis & kacau rata-rata. Hidangkan & hiaskan dengan lada yang telah dimayang halus.

sayur campur cina

Sayur Campur Cina
Sumber: Majalah Wanita, Julai 1999


Bahan-Bahan:
3 tangkai sawi hijau
100 gm sengkuang
1 batang lobak merah
50 gm daun bawang
100 ml air 4 batang pucuk jagung
100 gm daging batang pinang
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia
Cara:
Potong sawi hijau dan hiris sengkuang, lobak merah, daun bawang dan pucuk jagung. Celur sayuran selama lima minit.

Panaskan minyak dan tumis halia. Masukkan daging dan setelah agak empuk, masukkan sayur dan sos tiram. Kacau sebati. Masukkan air dan masak hingga kuah pekat.

Friday, May 20, 2011

daging masam manis

Bahan-bahan ( 4 - 6 0rang )

* 500 gm daging - rebus hingga empuk..kemudian potong kecil2
* * 3 biji bawang putih
* * 5 biji bawang merah
* * 1 inci halia
* 5 s b sos cili
* 8 s b tomato puree
* 2 s b sos tiram
* 1/2 btg lobak merah - potong dadu
* 1 btg kacang pjg - potong dadu
* 2 btg serai - titik
* 1 biji bawang besar - potong bulat
* sedikit minyak - utk menumis
* sedikit daun limau purut
* sedikit air
* garam & gula - utk perasa

Cara-cara

1. Blender bhn2 yg bertanda *
2. Tumis bhn2 yg telah d blender hingga naik bau
3. Masukan sos tiram, sos cili & tomato puree - gaul sebati
4. Masukkan daging yg telah drebus & dpotong2 kecil - sebatikan
5. Tambah sedikit air - biarkan mendidih
6. Masukkan serai, lobak merah, kcg pjg & daun limau purut serta bawang besar yg dh d potong bulat td
7. Perasakn dengan garam & gula..dh siap :)
8. >>>> kuantiti air bergantung pada citarasa masing2..kalau suka berkuah..lebihkan air.

daging hitam manis

Bahan-bahan ( 6 orang )

* 500g daging - dihiris nipis
* 1camca teh serbuk kunyit
* garam
* 200ml minyak masak
* 7 bj bwg merah *
* 5 ulas bwg putih *
* 1/2 cwn kicap pekat
* 1/4 cawan cuka
* sedikit gula
* 3 sudu teh lada hitam -ditumbuk
* 2 labu bawang besar- potong dadu
* 3 bj cili hijau dan 3 bj cili merah
* * ditumbuk bersama
* 60g halia*

Cara-cara

1. Perap daging dengan kunyit dan garam lehih kurang 15 minit
2. Goreng daging kira-kira 5 minit
3. masukkan bahan yang ditumbuk bersama2 tadi dan masak hingga masak
4. bila daging dah masak masukkan kicap, cuka, gula dan lada hitam. biarkan masak
5. akhir sekali masukkan bawang besar, cili hijau dan cili merah. Taraa siaplah. boleh dimakan.

daging april asmara

Daging april asmara

daging-april-asamara

Bahan-bahan

* Daging
* Sos tiram TAMIN, kicap lemak manis TAMIN, kicap masin (istimewa) TAMIN.
* Minyak bijan
* Butter, Madu
* B.merah, B.putih dikisar
* Halia dihiris halus
* Biskut marie
* Capsicum

Cara-cara

1. Daging diperap dgn sos tiram, kicap manis dan masin.



2. Masukkan sekali minyak bijan dengan bawang yg dikisar dengan daging yg diperap utk mendapatkan aromanya. Kalau boleh perap selama 1 jam.
3. Cairkan butter dlm kuali dan tumis bawang putih. Bila dah naik bau masukkan daging yg diperap tadi dgn hirisan halia. Masak dan asingkan.
4. Utk kuah, masukkan biskut yg dihancurkan dgn air ke dlm bekas daging yg digoreng tadi. Masukkan butter dan kacau. Asingkan.
5. Selepas itu cairkan butter lagi, masukkan semula daging yg diasingkan tadi, goreng hingga kering dan masukkan capsicum. Kemudian boleh dihidangkan.

daging masak merah

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

* 1/2 kilo daging dipotong nipis n direbus dengan pewarna merah sehingga lembut
* 1 bijik bawang besar dimayang
* 1 bijik cili capsicum hijau
* 1 cm halia
* 2 ulas bawang putih
* 2 sudu besar sos cili, 2 s/b sos tomato n 2 s/b sos tiram.. klu suka bleh lebih2 kan ikut citarasa
* garam secukup rase...
* klu ader.. bleh letak kacang buncis.. daun bawang n daun sup... tak der kat dapur so tak letak...

Cara-cara

1. Tumiskan bawang besau.. bawang putih n halia sehingga kekuningan
2. Masukkan sos cili, sos tomato n sos tiram... klu kering taruk air skit... klu suka berkuah bleh taruk banyak skit... tapi jangan banyak ngat...
3. Masukkan garam.. serbuk perasa klu suka bleh letak.. tapi saya tak letak sbb tak elok lah....
4. Masukkan daging rebus tadi.. masak hingga sebati..
5. Masukkan cili capsicum hijau tadi.. klu nak letak.. bleh masukkan kacang buncis.. daun sup n daun bawang..
6. Bleh makan ngan nasik putih.. atau jadikkan lauk nasi goreng USA

daging bistik

Daging Bistik
Daging Bistik

Sumber: sherrie@century.com.my


Bahan-bahan:
½ kilo daging (dipotong sebesar ½ tapak tangan)
¼ cawan serbuk black pepper McCormick (bancuh dengan air – boleh dikurangkan)
10-12 tangkai cili kering (rebus & kisarkan)
4-5 biji kentang (potong baji- wedges & goreng hingga kekuningan ketepikan)
1 tin kecil kacang peas (toskan)
1 senduk kecil kicap manis (boleh dikurangkan)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
sedikit garam, gula & air
4 sudu makan air asam jawa
Minyak untuk menumis

Cara-cara memasaknya:
1. Rebus daging bersama sedikit air sehingga empuk
2. Hiris nipis daging-tebal 1cm & tumbuk / ketuk-ketuk sedikit. Ketepikan
3. Panaskan minyak-tumis bawang putih dan merah hingga wangi
4. Masukkan cili kisar-tumis hingga garing / pecah minyak
5. Masukkan bancuhan pepper dan air asam jawa -tumis 2-minit dan tambahkan kicap.
6. Sesuaikan garam, gula dan tambah sedikit air jika terlalu kering
7. Masukkan daging-gaul rata dan masak seketika kemudian tambahkan kentang.
8. Apabila daging dah sebati / mesra masukkan kacang peas-masak dalam 5 minit.

daging goreng nanas

DAGING GORENG NENAS

Bahan-bahan ( 4~5 org )

* 500g daging dihiris
* 200g nanas (kalau guna nanas dlm tin anggaran 1/2 tin) dihiris
* 1bj cili benggala (atau cili merah) dihiris
* 2 sd besar sos tomato TAMIN
* 2 sd besar sos tiram TAMIN
* 1 sd besar rempah kari daging
* 1 sd kecil lada hitam (dikisar)
* 1 kuntum bunga lawang dan 2 btg cengkih
* bhn ditumbuk: 3ulas bwg putih dan 1 cm halia
* minyak masak dan garam


Cara-cara

1. Panaskan minyak utk menumis. Tumiskn bhn ditumbuk, cengkih dan bunga lawang hingga naik bau.
2. Masukkan rempah dan goreng sampai garing. Kemudian masukkn daging dan masak hingga daging empuk.
3. Masukkan sos tomato, sos tiram, garam dan lada hitam. Kacau lagi sampai rata.

Akhir sekali, masukkn nanas, cili benggala dan masak lagi selama lbh kurang 3 minit. Sedia utk dihidang