Saturday, November 19, 2011

pancake swiss roll

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • PANCAKE
  • 1 cawan (130gm) tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu besar gula
  • 1 biji telur dipukul perlahan
  • 1 cawan(240ml) susu (susu segar/susu sejat)
  • 2 sudu besar mentega-dicairkan
  • INTI DALAM
  • 2 biji Telur dipukul seperti telur dadar
  • 1 Batang Karot diricih halus
  • 2 biji Kentang dicincang memanjang
  • Pati Ayam
  • Daun Sup & daun bawang dicincang
  • Bawang merah 2 ulas dicincang dadu
  • bawang putih 2 ulang dicincang dadu
  • Black pepper
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. adunkan semua bahan2 dan pukul sampai rata.
  2. layangkan di atas kuali (sebaiknya non-stick pan) buat bentuk bulat2 dan ulang sampai habis tepung.
  3. goreng sayur ie..carot, kentang, bawang dadu & daun sup + daun bawang sampai masak tp jangan la lembek lak sayur tu ye xsedap nnti..jangan lupa lak letak garam ngan pati ayam sikit..siap dan asingkan dalam bekas.
  4. goreng telur dadar senipis2nye jugak mcm lempeng..
  5. dah siap semua bahan mulakan aktiviti menggulung..amik lapisan pancake, letakkan lapisan telur pastu susun sayur2 atas telur..tabur sikit blackpepper dan gulung mcm popia basah tuu..same je kan..huhu dah siap..nak pedas letak la sos kat dalam..xpon leh cicah2 aje ngan sos or mayonis or cheezy

banana pancake

  • 1 cwn tepung naik sendiri
  • 2 sudu besar gula
  • secubit garam
  • 1 biji telur
  • 1 cwn susu segar
  • 2 sudu besar minyak masak/mentega
  • 2 biji pisang, dilenyek
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara

  1. Campurkan tepung, gula dan garam dalam mangkuk yang besar.
  2. Campurkan telur, susu, minyak, pisang dan esen vanilla dan kaca sehingga sebati.
  3. Masukkan bahan2 basah ke dalam bahan2 kering dan kacau sehingga tiada ketulan tepung.
  4. Panaskan non stick pan dan ambil 1/4 cwn adunan untuk bentukkan satu lempeng.
  5. Biarkan atas lempeng itu berbuih2 dan kelilingnya kecoklatan barulah pusingkan dan biarkan selama seminit lalu angkat.
  6. Img_2406
    Hidangkan bersama sirap maple.

pancake (+/-pisang)

Bahan:

Bahan A
Tepung gandum
1 cawan
Baking powder 2 camca
Garam sikit
Gula 2 sudu

Bahan B
Susu
1 cawan ( susu dutch lady dalam botol tu)
Telur 1 biji
Mentega 2 camca (dicairkan)

Cara-cara:

1. Gaul bahan A dan B dalam 2 bekas berasingan

2. Kedua-duanya dah rata/sebati, campur bahan A dan B tadi dalam 1 bekas

3. Gaul bahan tadi. Siap untuk dimasak!

(cara lagi simple-blend bahan a -blender kering, pastu campur dgn bahan b-blender basah)

4. Panaskan kuali, sapu mentega sikit.

5. Sendukkan la bahan tadi ke dalam kuali panas. Buatla saiz sebesar/sekecil mana yang suka. Aku suka kecil2, kiut! tunggu sampai buih2 hilang, baru balikkan. Agak-agakla masak macam mana. Nanti makan tepung mentah pulak.

5. Dah siap, boleh makan begitu sahaja sebab dah manis. Nak letak jem ke mentega ke madu ke semua boleh.

6. Kalau nak letak siap2 kaya/coklat/jem/peanut butter dalam bancuhan tu pun boleh jugak. Time senduk masuk kat kuali tu, letak la bahan yang digemari. Ataupun ada juga resipi yang letak pisang yang dah dilenyekkan ke dalam bancuhan, gaul sekali. So namanya Pancake Pisang ;) . Bila nak makan nanti, tak perlu cicah-cicah. Semua dah ada kat dalam tu.

pancake

Bahan A
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 3sb gula
Bahan B
  • 1 biji telur
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sb minyak/2sudu besar majerin/mentega

Cara-cara

  1. Satukan tepung gandum dan baking powder
  2. Asingkan kuning dan putih telur. Pukul putih telur sehingga kembang dan putih. Dalam bekas lain, campur kuning telur,gula dan susu. Kacau sebati
  3. Masukkan minyak dan susu td dalam no1. Kacau hingga sebati. Kemudian masunkkan putih telur dan kacau secara kaup balik.
  4. Sedia untuk dimasak atas pan api sederhana besar

puding trifle (susu segar 2)

Bahan-Bahan:
1 bungkus kek swiss roll
1 kotak agar-agar segera (Lady's Choice) - perisa strawberry
1 tin fruit cocktail
2 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula
3 cawan susu segar
1 sudu teh serbuk agar2 (xde pun xpe)

Cara:
1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk. (campurkan sekali serbuk agar2)
2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.
3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
5. Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
7. Masukkan ke dalam peti sejuk.

puding trifle (susu segar)

1.potong 1/2 biji kek gulung
2.Tutup mana-mana lubang dengan cebisan kek, mampatkan & padatkan. pastu, amik air buah dalam tin tu curah sikt atas kek tu supaya kek tu lembap
3.Bancuh 1 sudu tepung kastad dengan dua cawan susu segar.
4.Masak sekejap atas api sampai agak-agak tak sakit perut bila makan
5.tuang dalam bekas-lapisan ke2..
6.Masak agar-agar
7. Tuang buah dalam tin & ratakan
8.tuang agaragar (lapisan ke3)

puding trifle

Bahan-bahan :
1 tin fruit cocktail
1 paket agar-agar/jeli serbuk (nona)
kek gulung/swiss roll
3 sudu tepung custard
1 tin susu cair
1 tin air
1 senduk gula


Cara-cara:
1. Potong kek nipis dan lapiskan sepenuhnya dalam bekas pilihan (cantik kalau guna bekas transparent)
2. Curahkan air fruit cocktail ke atas kek supaya menyerap sepenuhnya, ini ialah untuk menghalang agar daripada masuk ke dalam kek nanti.
3. Sediakan agar-agar segera, boleh bancuh dengan air mendidih dan sejukkan sedikit sebelum mencurahkan ke atas lapisan kek tadi. Biarkan sejuk dan menjadi beku.
4. Setelah agar beku, taburkan atau lapiskan dengan buah fruit cocktail.
5. Untuk menyediakan lapisan akhir iaitu kastad, panaskan 3/4 susu di atas api yang perlahan, sementara yang selebihnya di bancuh dengan kastad dan gula. Setelah susu agak panas, masukkan bancuhan kastad dan kacau hingga sekali menggelegak sahaja. Tutup api dan terus kacau hingga kastad agak sejuk.
6. Lapiskan kastad di atas lapisan fruit cocktail tadi dan sejukkan dalam peti ais.

puding trifle (simple)

  • 1 Swissroll
  • 1 Tin Fruit Coctail
  • 1 Gelas Susu Cair
  • 2 Gelas Air
  • 3 Sudu Makan Tepung Kastad
  • 4 Sudu Makan Gula
  • 1 Sudu Kecil Esen Vanila

Cara-cara

  1. Potong dalam 1 inci Swissroll dan susunkan didalam bekas/mangkuk.
  2. Tuang rata air coctail ke atas Swissroll tadi utk lembapkan roll.
  3. Tabur 1/2 daripada buah coctail tadi ke atas swissroll.
  4. Campur tepung kastad dengan air, susu cair, gula dan esen vanila. Masak hingga mengelegak dan sedikit pekat. Tuang atas swissroll tadi.
  5. Taburkan buah coctail yang selebihnya dan disejukkan.

Monday, November 14, 2011

AYAM PERCIK

Bahan A: untuk ayam

1) Ayam ( i used bahagian dada sekali ngan kepak)
2) 2 ulas bawang putih *
3) 1 inci halia*
4) sedikit garam

Bahan B: untuk kuah putih

1) Santan ( i used 1 1/2 cup)
2) Sedikit halia dalam 1cm *
3) 3 ulas bawang merah *
4) 1 batang serai diketuk
5) Gula dan garam
6) asam keping
SEDIKIT TEPUNG BERAS UTK DIPEKATKAN
Cara-cara:

1) Kisar atau tumbuk semua bahan bertanda *
2) Ayam diperap dengan bahan A yang ditumbuk. Masuk dalam periuk dan rebus dengan air. Boleh campur sedikit santan untuk merebus. Rebus sampai empuk (untuk lagi cepat masak apabila dibakar nanti)
3) Dalam periuk lain, masukkan santan dan bahan B. tambah sedikit air. Masak dengan api perlahan sampai pekat.Kena selalu kacau.
4) Angkat.
5) Ambil ayam yang direbus dan bakar dalam oven. (Lagi sedap kalo guna arang).Lumurkan kuah yang telah siap menggunakan serai yang diketuk. Bakar ayam tersebut. Sambil2 tu boleh tambah lagi kuah untuk dipercikkan supaya ia meresap ke dalam ayam.