Saturday, November 19, 2011

pancake (+/-pisang)

Bahan:

Bahan A
Tepung gandum
1 cawan
Baking powder 2 camca
Garam sikit
Gula 2 sudu

Bahan B
Susu
1 cawan ( susu dutch lady dalam botol tu)
Telur 1 biji
Mentega 2 camca (dicairkan)

Cara-cara:

1. Gaul bahan A dan B dalam 2 bekas berasingan

2. Kedua-duanya dah rata/sebati, campur bahan A dan B tadi dalam 1 bekas

3. Gaul bahan tadi. Siap untuk dimasak!

(cara lagi simple-blend bahan a -blender kering, pastu campur dgn bahan b-blender basah)

4. Panaskan kuali, sapu mentega sikit.

5. Sendukkan la bahan tadi ke dalam kuali panas. Buatla saiz sebesar/sekecil mana yang suka. Aku suka kecil2, kiut! tunggu sampai buih2 hilang, baru balikkan. Agak-agakla masak macam mana. Nanti makan tepung mentah pulak.

5. Dah siap, boleh makan begitu sahaja sebab dah manis. Nak letak jem ke mentega ke madu ke semua boleh.

6. Kalau nak letak siap2 kaya/coklat/jem/peanut butter dalam bancuhan tu pun boleh jugak. Time senduk masuk kat kuali tu, letak la bahan yang digemari. Ataupun ada juga resipi yang letak pisang yang dah dilenyekkan ke dalam bancuhan, gaul sekali. So namanya Pancake Pisang ;) . Bila nak makan nanti, tak perlu cicah-cicah. Semua dah ada kat dalam tu.

No comments:

Post a Comment