Saturday, September 18, 2010

tom yam

Bahan-bahan ( 3-4 org )

* ½ ekor ayam (dipotong kecil)
* 2 biji bawang besar (dihiris bulat)
* 3 biji bawang putih (ditumbuk kasar)
* 15-20 batang cili padi merah (ditumbuk kasar)
* 2 batang serai (dititik)
* 1 sudu besar pes tom yam
* 4 helai daun limau purut
* 2-3 biji limau nipis (diambil jusnya)
* 3-4 cawan air
* garam & perasa
* sedikit minyak
* sayur-sayuran (bunga kobis, jagung muda, tomato)

Cara-cara

1. Panaskan minyak dlm periuk. Tumis bawang putih hingga wangi dan perang.
2. Masukkan ayam, kacau sekejap dan tutup periuk sebentar (supaya jus ayam keluar).
3. Masukkan air dan biarkan mendidih. Setelah itu masukkan serai, bawang besar dan daun limau.
4. Masukkan cili padi, pes tom yam, garam serta perasa.
5. Kemudian masukkan sayur-sayuran dan biarkan sekejap.
6. Last skali, masukkan jus limau, kacau sekejap dan matikan api.
7. TIPS: Tom yam yg enak, ade sedikit rase pedas, masam dan wangi dari aroma daun limau

tom yam campur

Bahan-Bahan:

½ ekor ayam (dipotong kecil)
¼ kg udang
2 batang serai(ditumbuk)
2 labu bawang besar(dibelah enam)
1 kiub perasa tom yam
2 camca besar air asam limau nipis
¼ kg sotong
4 helai daun limau purut
4 biji cili hidup(ditumbuk)
2 biji tomato(dibelah enam)
2 camca besar cili boh atau cili serbuk
Gula dan garam secukup rasa


Cara:

Panaskan air dan masukkan cili boh. Kemudian masukkan ayam, sotong, udang dan daun limau purut. Setelah ayam masak, masukkan bawang besar, serai dan cili hidup. Masukkan perasa tom yam, gula, garam dan air asam limau nipis. Kacau hingga rata. Akhir sekali, masukkan tomato yang telah dibelah tadi.

paprik

Bahan-bahan:
bawang merah
bawang putih
halia
cili dikisar
sos tiram
garam
ayam, daging, atau sotong
sayur (lobak, brocolli)
daun limau purut
cili sos

Cara memasak:
1.Bawang merah,putih dan halia tumis hingga kekuningan
2.kemudian masukkan cili kisar hingga naik bau
3.Masukkan sos tiram dan biar sebentar.
4.tambh garam secukup rasa
5.Masukkan ayam, daging, sotong, udang dan sayuran.
6.Biarkan hingga masak.
7.Masukkan daun limau purut (tmbh bau).
8.Kemudian masukkan sos cili.
9. kacau dan biarkan air kering.

ayam n sayur paprik

Bahan-Bahan:

500 gm ayam dipotong kecil
Sedikit sotong, udang, daging
4 biji tomato
1 batang carrot
1 peket jagung muda
100 gm bunga kobis
100 gm brocolli
2 helai daun limau purut
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu besar cili kisar
5 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili
Garam secukup rasa



Cara:

Bawang merah,putih dan halia ditumis hingga kekuningan, kemudian masukkan cili kisar hingga naik bau, kemudian masukkan garam.
Masukkan sos tiram dan biar sebentar. Masukkan ayam, daging, sotong, udang dan sayuran. Biarkan hingga masak.
Masukkan daun limau purut untuk baunya. Kemudian masukkan sos cili untuk memekatkan kuah paprik.

ayam paprik

Bahan-bahan ( 4 )

* ½ ekor ayam - dipotong kecil2
* 4 ulas bwg merah - ditumbuk
* 2 ulas bwg putih - ditumbuk
* 1 labu bwg besar - dimayang
* 2 btg serai - dititik
* 2 biji buah tomato - dipotong 4
* 5 biji cili padi - ditumbuk
* bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
* sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
* bahan2 perasa

Cara-cara

1. Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
2. Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

ayam paprik style qlate

Bahan-bahan ( 2 orang )

* 1/2 ekor ayam
* [ Bahan kisar ]
* 1 inci kunyit
* 2 batang serai
* 10 biji cili padi
* 3-4 ulas bawang putih
* 1 inci lengkuas
* sedikit belacan
* [ Bahan hias ]
* 4 helai daun limau purut
* 1/2 biji bawang besar dihiris nipis
* sedikit garam, gula dan perisa
* 1 keping asam keping

Cara-cara

1. Bersih ayam dan potong kecik-kecik. Lumurkan dengan sedikit garam.
2. Goreng ayam sehingga separuh masak
3. Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga garing
4. Masukkan ayam, asam keping, daun limau purut, bawang besar, garam, gula dan perisa serta sedikit air.
5. Masak sehingga ayam masak sepenuhnya