Saturday, March 31, 2012

asam pedas ikan kerisi

my family's recipe :

1) lada kering secukupnya
2) sedikit lengkuas
3) kunyit lagi sikit drpd lengkuas
4) bawang merah
5) sedikit beras (seciput je)
6) garam secukup rasa
7) asam gelugor
8)daun kesum
9)ikan kerisi

Cara-cara
1) tumbuk lengkuas, beras, lada kering, kunyit & bawang
2) lumurkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi pada ikan, kemudian tambahkan air
3) tambah garam secukupnya
4) biarkan mendidih, kemudian masukkan daun kesum..
5) tambah asam gelugor
6) SIAPPPPPP..........


nota kaki: sebenarnya plan nak buat bebola daging, tapi daging cincang takde.. pastu ayam & daging pun takde jugak.. memandangkan ikan kerisi ni best bila masak asam pedas, jadi teruskan dengan asam pedas je..

Friday, December 16, 2011

telur bistik

3 biji telur
1/4 potong daging kisar(jenama RAMLY..ada daging ayam n lembu..tp guna daging ayam lebih sedap.pada pendapat aku la:P)
garam secukupnya

**kacau bahan2 diatas guna garfu sampai sebati pastu goreng guna minyak.dah siap,agkat n tos. potong telur kepada 4 bahagian.kalau malas takyah potong pon takpe:P

utk bahan sos

3 biji bwg kecil-hiris
2 ulas bwg putih-hiris
1 inci halia-hiris
1 batang cili merah-hiris
1 bji tomato-potong dadu
2 sudu besar cili kisar (kalau nak senang dan cepat, kisar byk2 lada keringyang telah direbus utk bagi lembut n mudah kisar.pastu simpan dlm peti sejuk.so takde la time tu nak masak, time tu nak kisar.dpt jimat byk masa memasak)
sos tiram
sos cili
sos tomato
1/2 kiub ayam
garam secukupnya
carrot -potong panjang or dadu, nak ganti ngan mix vegetable atau ape2 sayur lain yang sesuai pon boleh.
1 sudu besar tepung jagung dilarutkan dalam air kosong-utk pekatkan kuah


cara buat sos bistik:

1)tumis bwgputih ,bwg merah, halia n cili merah sampai lyu n naik bau.
2)pastu masukkan cili kisar,kacau kejap,pastu masuk air sikit
3)pastu masuk sos cili,tiram n sos tomato secukupnya.ikut raa tekak masing2.
4)pastu masukkan kiub ayam MAGGI..
5)pastu masukkan tomato n carrot.pastu masukkan garam secukup rasa

telur bistik


BAHAN-BAHAN

  • Telur (ikut suka)
  • Daging cincang
  • Lada sulah
  • Halia (sikit saja)
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Sayur campur
  • Hirisan nenas
  • Sos tomato
  • Sos cili
  • Sos tiram

CARA-CARA

  1. Tumis bawang merah,bawang putih, halia sampai naik bau.
  2. Masukkan daging cincang dan lada sulah, semua sos. Biar sampai empuk.
  3. Kemudian baru masukkan sayur campur dan nenas.
  4. Telur dipukul dengan garam sampai kembang.
  5. Lenggang telur dalam kuali leper sehingga setengah masak. Kemudian masukkan daging tadi ke dalam telur dan dilipat empat segi.
  6. Hidang bersama sos cili dan sos tomato.
  7. Jika nak buat sos berkuah, masukkan sos tomato dan sos cili dan tambahkan tepung jagung jika sos terlalu cair.

telur bistik

Bahan-bahan

  • 3 biji telur (size sederhana) - bancuh
  • Daging/Ayam cincang secukupnya
  • Black pepper secukupnya
  • 1 ulas bawang merah dan 1 ulas bawang putih - tumbuk/mayang halus
  • 3 sudu sos tomato
  • 3 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tiram
  • 1/2 biji tomato - potong dadu kecil-kecil
  • Mixed vege (jika tiada, boleh ganti dgn bunga kobis, carrot, apa2 yang sesuai)
  • Gula dan garam

Cara-cara

  1. Dsc_0529
    Bancuh telur dengan daging/ayam kisar dan tomato yang dipotong dadu. Perasa dengan sedikit garam/gula. Goreng macam telur dadar.
  2. Untuk kuah. Tumis bawang merah dan bawang putih.
  3. Dsc_0542
    Masukkan semua bahan sos dan sayur. Perasakan dengan bahan perasa (gula, garam)
  4. Tuang kuah di atas telur yang digoreng tadi. Siap untuk dihidang.

Saturday, November 19, 2011

pancake swiss roll

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • PANCAKE
  • 1 cawan (130gm) tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu besar gula
  • 1 biji telur dipukul perlahan
  • 1 cawan(240ml) susu (susu segar/susu sejat)
  • 2 sudu besar mentega-dicairkan
  • INTI DALAM
  • 2 biji Telur dipukul seperti telur dadar
  • 1 Batang Karot diricih halus
  • 2 biji Kentang dicincang memanjang
  • Pati Ayam
  • Daun Sup & daun bawang dicincang
  • Bawang merah 2 ulas dicincang dadu
  • bawang putih 2 ulang dicincang dadu
  • Black pepper
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. adunkan semua bahan2 dan pukul sampai rata.
  2. layangkan di atas kuali (sebaiknya non-stick pan) buat bentuk bulat2 dan ulang sampai habis tepung.
  3. goreng sayur ie..carot, kentang, bawang dadu & daun sup + daun bawang sampai masak tp jangan la lembek lak sayur tu ye xsedap nnti..jangan lupa lak letak garam ngan pati ayam sikit..siap dan asingkan dalam bekas.
  4. goreng telur dadar senipis2nye jugak mcm lempeng..
  5. dah siap semua bahan mulakan aktiviti menggulung..amik lapisan pancake, letakkan lapisan telur pastu susun sayur2 atas telur..tabur sikit blackpepper dan gulung mcm popia basah tuu..same je kan..huhu dah siap..nak pedas letak la sos kat dalam..xpon leh cicah2 aje ngan sos or mayonis or cheezy

banana pancake

  • 1 cwn tepung naik sendiri
  • 2 sudu besar gula
  • secubit garam
  • 1 biji telur
  • 1 cwn susu segar
  • 2 sudu besar minyak masak/mentega
  • 2 biji pisang, dilenyek
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara

  1. Campurkan tepung, gula dan garam dalam mangkuk yang besar.
  2. Campurkan telur, susu, minyak, pisang dan esen vanilla dan kaca sehingga sebati.
  3. Masukkan bahan2 basah ke dalam bahan2 kering dan kacau sehingga tiada ketulan tepung.
  4. Panaskan non stick pan dan ambil 1/4 cwn adunan untuk bentukkan satu lempeng.
  5. Biarkan atas lempeng itu berbuih2 dan kelilingnya kecoklatan barulah pusingkan dan biarkan selama seminit lalu angkat.
  6. Img_2406
    Hidangkan bersama sirap maple.

pancake (+/-pisang)

Bahan:

Bahan A
Tepung gandum
1 cawan
Baking powder 2 camca
Garam sikit
Gula 2 sudu

Bahan B
Susu
1 cawan ( susu dutch lady dalam botol tu)
Telur 1 biji
Mentega 2 camca (dicairkan)

Cara-cara:

1. Gaul bahan A dan B dalam 2 bekas berasingan

2. Kedua-duanya dah rata/sebati, campur bahan A dan B tadi dalam 1 bekas

3. Gaul bahan tadi. Siap untuk dimasak!

(cara lagi simple-blend bahan a -blender kering, pastu campur dgn bahan b-blender basah)

4. Panaskan kuali, sapu mentega sikit.

5. Sendukkan la bahan tadi ke dalam kuali panas. Buatla saiz sebesar/sekecil mana yang suka. Aku suka kecil2, kiut! tunggu sampai buih2 hilang, baru balikkan. Agak-agakla masak macam mana. Nanti makan tepung mentah pulak.

5. Dah siap, boleh makan begitu sahaja sebab dah manis. Nak letak jem ke mentega ke madu ke semua boleh.

6. Kalau nak letak siap2 kaya/coklat/jem/peanut butter dalam bancuhan tu pun boleh jugak. Time senduk masuk kat kuali tu, letak la bahan yang digemari. Ataupun ada juga resipi yang letak pisang yang dah dilenyekkan ke dalam bancuhan, gaul sekali. So namanya Pancake Pisang ;) . Bila nak makan nanti, tak perlu cicah-cicah. Semua dah ada kat dalam tu.