Friday, October 2, 2009

sambal kacang panjang

Bahan-bahan ( Sajian untuk 3 - 4 orang )

* 1 ikat kacang panjang - anggaran 10 batang
* 3 ulas bawang merah - ditumbuk
* 2 ulas bawang putih - ditumbuk
* 5 biji cili padi - ditumbuk
* 1 kiub belacan atau 2 inci - ditumbuk
* <300gm> udang kering - direndam seketika
* 1 biji limau kasturi
* * kiub pati ayam - optional
* *Garam, gula / serbuk perasa
* * garam boleh ditukar dengan kiub pati ayam dan penggunaan belacan juga sudah menyediakan rasa masin.

Cara-cara

1. Potong kacang panjang dan bersihkan.
2. Tumiskan bahan tumbuk sehingga terbit bau dan masukkan udang kering.
3. Masukkan kacang panjang dan renehkan seketika. Sekiranya berminat dengan penggunaan *kiub pati ayam, boleh masukkan sekali.
4. Tambahkan *garam dan gula / serbuk perasa.
5. Perahkan jus limau kasturi, gaul dan sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment